5 Kelebihan Shopee Untuk Bisnes Online 2024

Nak tahu apa kelebihan Shopee berbanding platform bisnes online lain?

Teruskan bacaan anda dalam artikel ini.

Kepada yang baru nak mula berjinak berniaga online ni, sebenarnya ada banyak platform yang boleh anda mulakan.

Salah satu platform bisnes online yang terbaik adalah berniaga di Shopee.

Kelebihan Shopee

Trend membeli belah zaman sekarang ni memang ramai yang akan sebut Shopee.

Nak beli produk skincare, Shopee.

Nak beli barangan bayi, Shopee.

Nak beli barangan laptop & gaming pun Shopee jugak.

Jadi sebagai seorang usahawan di Malaysia, anda seharusnya tak melepaskan peluang untuk menjual produk anda di Shopee.

Bagaimana jika anda tidak ada produk sendiri? 

Tak menjadi masalah, boleh je buat dropship dekat Shopee.

Baca di sini panduan jual barang di Shopee tanpa produk sendiri.

Kelebihan Shopee Untuk Bisnes Online

Ada banyak kelebihan Shopee jika anda nak mula buat bisnes online di internet.

Jom kita baca satu persatu.

1. Popular

Shopee berada di ranking ke-3 paling popular di Malaysia jauh meninggalkan Lazada di ranking ke-8.

Disebabkan itu, Shopee mendapat trafik yang sangat banyak dalam sehari.

Jadi anda tak perlukan kepada iklan berbayar lain seperti Google Ads untuk tarik trafik.

Kerana trafik memang sudah ada di situ.

[ Baca lagi : 9 Kelebihan Google Ads ]

2. Selamat

Antara ciri-ciri laman e-commerce yang selamat adalah pelanggan dilindungi dari penipuan scammer.

Ini yang diterapkan oleh pihak Shopee sejak awal penubuhannya.

Apabila pelanggan menerima barang dalam keadaan selamat.

Baru lah duit pelanggan akan dipindahkan ke akaun penjual.

Jadi, penjual tidak ada peluang untuk melarikan duit pelanggan.

3. Murah

Jika anda seorang yang rajin berbelanja, anda akan dapati harga di Shopee sangat murah.

Dan yang best-nya, kualiti tetap sama dengan barang yang dijual di kedai biasa.

Itu yang menyebabkan ramai orang suka berbelanja di Shopee.

4. Pendaftaran akaun adalah percuma

Jika anda nak buka akaun Shopee, anda tak dikenakan sebarang bayaran.

Begitu juga jika anda nak daftar sebagai penjual.

Anda juga tak dikenakan sebarang bayaran.

5. Lesen SSM tidak diperlukan

Di Shopee, mereka tidak mensyaratkan penjual untuk mendaftarkan syarikat.

Jadi sesiapa sahaja boleh mendaftar sebagai penjual di situ. 

Kredit imej : Wikipedia

Panduan Lengkap Bisnes Shopee

Bagi yang baru bermula, anda mungkin perlukan sedikit masa.

Untuk memahirkan diri dengan features yang ada dalam aplikasi Shopee.

Untuk itu, saya sangat menggalakkan anda untuk baca panduan lengkap bisnes Shopee ini.

Untuk membantu memudahkan anda berniaga di Shopee.

Antaranya kandungan panduan ini adalah ;

  • belajar cara setup kedai Shopee dengan sempurna
  • belajar cara nak masukkan produk ke dalam kedai dengan cara mudah
  • belajar bagaimana nak tulis description supaya pelawat tertarik nak beli di kedai anda
  • belajar bagaimana nak uruskan tempahan
  • belajar cara nak promosi barang dalam Shopee
  • jika tiada produk sendiri, bagaimana nak buat?
  • belajar dapatkan 5 pembekal yang dipercayai untuk buat bisnes ini
  • belajar nak cari pembekal dropship yang dipercayai
  • belajar bagaimana nak dapatkan 1000 follower seminggu

Semuanya akan didedahkan dalam panduan lengkap bisnes Shopee ini.

Klik butang di bawah.

Penutup

Sebagai penutup, kami bawakan beberapa artikel atau laman menarik untuk anda belajar.

[+] Jika anda nak belajar menjual di pasaran luar negara, jemput baca artikel ini.

[+] Sementara aplikasi Tik Tok masih trending, kita sebagai usahawan perlu menumpang arus mereka.  

[+] Belajar terus dari mereka yang pakar dalam bisnes Lazada di sini.

[+] Nak belajar affiliate? Baca case study saya sendiri di sini.

Nak Tahu 15 Pantang Larang Berniaga di Shopee?

Masukkan emel anda di bawah

Kami hormati privasi anda

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top