5 Tips Rahsia Kejayaan Seorang Affiliate

rahsia kejayaan affiliate

1. Kena Bersabar

Untuk menjadi affiliate yang cemerlang dan berjaya, sabar adalah kuncinya. 

Bukan mudah nak buat affiliate ni. 

Hanya yang berjiwa kental sahaja dapat terus mengorak langkah menjadi seorang affiliate yang berjaya. 

Affiliate bukan seperti dropship

Affiliate nampak mudah sebab buka emel je, dapat jualan. 

Tapi yang orang tak nampak adalah proses nak dapatkan jualan tu yang sedikit tricky.

2. Sanggup Korbankan Masa Untuk Belajar

Dalam mempromosikan produk orang lain, anda perlu belajar tentang ilmu tersebut dahulu. 

Jika anda nak promosikan berkaitan ebook eBay, anda perlu buat dulu. 

Dapat ke tak dapat ke, itu hal lain

Yang penting, anda kena tahu selok belok hal-hal teknikal yang berkaitan dengan eBay. 

Nanti jika ada prospek yang bertanya melalui emel, anda dah boleh jawab serba sedikit. 

Jadi, jangan segan-segan untuk korbankan masa anda untuk belajar ilmu baru.

3. Jangan Plagiat Konten Affiliate Lain

Ini antara pantang larang dalam dunia affiliate. 

Jangan plagiat & jangan copy paste

Baca kemudian olah sendiri menjadi konten sendiri yang unik. 

Bukan senang lenang tekan butang CTRL+C dan CTRL+V. 

Mungkin penyedia perkhidmatan affiliate ada menyediakan konten mereka sendiri yang bersifat umum. 

Tetapi untuk menjadikan anda stand-out daripada ejen affiliate lain, belajar lah untuk buat konten sendiri.

4. Fokus

Dalam affiliate ini, letakkan target untuk capai 3 angka yang pertama dahulu. 

Dan beri masa kepada diri sendiri. 

“Dalam tempoh 5 bulan, aku mesti konsisten dapat 3 angka” 

Letak target yang realistik dan boleh dicapai. 

Selepas itu, baru naikkan target perlahan-lahan ikut kemampuan diri. 

Selagi tak capai target, jangan ubah bisnes buat benda lain pula. 

Fokus !

5. Tiada Short-Cut Untuk Berjaya

Terapkan dalam diri bahawa dalam affiliate, tiada short-cut untuk berjaya. 

Sifu-sifu mungkin akan berkata, sebenarnya ada short-cut

Hakikatnya, dalam affiliate tiada short-cut

Anda masih perlu lalui proses yang panjang. 

Yang short-cut dimaksudkan oleh sifu tu mungkin dari segi paid advertising

Ada sifu yang suka dengan cara lambat tapi konsisten iaitu SEO. 

Ada sifu yang cara cepat tapi tak konsisten iaitu paid advertising

Nasihat saya, buat dua-dua. 

Fundamental bisnes affiliate tetap sama. 

No traffic, no sales

Jadi jika perlu untuk laburkan sedikit wang untuk berjaya, laburkan. 

Tak perlu takut. 

Kerana dalam affiliate, tiada short-cut untuk berjaya.

Kesimpulan

Untuk berjaya dalam sesuatu bidang, kita perlukan guidance daripada seseorang.

Begitu juga dalam bidang bisnes affiliate ini.

Perasaan sanggup belajar & diajar adalah satu konsep yang sangat besar.

Jika anda nak berjaya, belajar lah dari mentor yang sebenar.

Mereka telah berjaya melahirkan pelajar-pelajar yang juga dah berjaya dalam bidang affiliate. 

Nak belajar dengan mentor affiliate?

Klik butang di bawah.

Scroll to Top