Belum Pernah Guna Google Ads? Baca 9 Kelebihannya Dulu

Anda pernah dengar pasal Google Ads?

Ke belum pernah dengar lagi?

Kalau belum pernah lagi, sila baca artikel ini sampai habis.

Google Ads adalah satu tools / platform yang disediakan oleh Google sendiri untuk semua penggunanya mengiklankan sebarang servis di laman Google.

Termasuk juga laman-laman partner Google seperti Youtube dan web-web lain.

Kepentingan Google

Selain bertindak sebagai laman carian terbesar di dunia.

Google juga ada 271 produk sampingan lain untuk pengguna-pengguna mereka.

Kredit imej : Mitchell Luo | Unsplash

Antaranya seperti Google Maps, Google Lens, Google News, Google Images, Google Mail dan macam-macam lagi.

Hari ini, 4.3 billion manusia menggunakan Google setiap hari (sumber : WPDevShed).

Google Ads Malaysia

Di Malaysia, Google Ads digunakan oleh kebanyakan usahawan, entrepreneur serta solopreneur.

Untuk mengiklankan bisnes mereka di muka hadapan Google.

Kenapa kena iklan di Google?

Sebagai usahawan, kita nak prospek nampak iklan kita.

Kita taknak prospek nampak iklan orang lain (pesaing).

Bila prospek tengok iklan kita dulu, lebih besar potensi untuk bisnes kita mendapat jualan.

Simple je.

Itu sifirnya kenapa kita perlu beriklan di Google.

Search Engine Marketing

Search Engine Marketing (SEM) terdiri daripada 2 iaitu ;

  • SEO
  • Google Ads

SEO adalah kaedah pengiklanan di Google secara percuma.

Untuk berjaya dalam SEO, anda perlu ada sedikit kemahiran menulis.

Artikel berkaitan : Bacaan lanjut mengenai SEO [KLIK]

Manakala Google Ads adalah kaedah pengiklanan di Google secara berbayar.

9 Kelebihan Google Ads

Apa kelebihan Google Ads berbanding cara percuma tadi?

Baik dalam artikel ini kami senaraikan 9 kelebihan Google Ads untuk makluman anda.

1. Cepat

Google Ads (GA) ni cepat.

Kalau anda dah setup.

Kurang dari 24 jam iklan anda akan dipaparkan di laman pertama Google.

Tak macam SEO.

SEO lambat sikit.

Kredit imej : Stephen Phillips – Hostreviews.co.uk | Unsplash

Saya sendiri berpengalaman tulis artikel, paling awal dalam 3 hari baru appear dalam direktori Google.

Itu pun duduk dekat halaman belakang-belakang.

Dan belum tentu dapat trafik.

2. Boleh Run Walaupun Tiada Laman Web Sendiri

Antara soalan yang biasa ditanya oleh pengguna yang belum pernah menggunakan GA adalah.

“Wajib kena ada web sendiri ke?”

Ok, dalam GA anda boleh buat iklan walaupun tanpa menggunakan web sendiri.

Anda boleh beriklan dan hantar trafik ke ;

  • FB Page
  • Laman Blogspot
  • Bahkan ke kedai Shopee (tak digalakkan)

Jadi jika anda usahawan yang baru nak berjinak dengan GA.

Usah risau dan usah takut.

Boleh mulakan dengan sumber yang anda ada dulu.

3. Boleh Target Keyword

Apabila anda beriklan, sudah tentu anda nakkan jualan, betul?

Jadi dalam Google Ads, anda boleh sasarkan iklan anda untuk dilihat oleh prospek yang nak membeli sahaja.

Tengok contoh di bawah ;

“beli Kamamax”

“Kamamax diperbuat daripada apa?”

Sebagai seorang pengiklan, anda patut pilih yang mana kata kunci (keyword) yang mana satu?

Sudah semestinya anda kena pilih kata kunci yang pertama.

Kerana mereka yang mencari kata kunci pertama tersebut sudah ada keinginan untuk membeli.

Berbanding dengan dengan mereka yang mencari kata kunci nombor dua.

Mereka hanya mencari info.

Bukan ada keinginan nak beli lagi.

4. Boleh Kawal Bajet

Apabila anda menggunakan Google Ads.

Anda boleh mengawal bajet harian atau bajet bulanan anda.

Antara caranya adalah dengan ;

  • memasukkan negative keyword sebanyak mungkin
  • off-kan iklan pada waktu yang tidak pernah berlaku jualan

Dengan cara ini, bajet harian / bulanan anda tak dibazirkan begitu sahaja.

5. Boleh Kawal Iklan Nak Papar ke Lokasi Mana

Dengan Google Ads, anda juga boleh mengawal lokasi iklan anda dipaparkan.

Ada beberapa perkara yang anda perlu adjust di bahagian setting.

lokasi iklan Google Ads
Kredit imej : Freepik

Supaya iklan anda tak pergi kepada orang-orang asing yang tinggal dalam Malaysia.

Contohnya Bangladesh, Indonesia, Myanmar, India, Nepal, Brunei, Singapura dan lain-lain.

6. Boleh Sasarkan Iklan ke Device Apa

Dengan GA juga, anda boleh sasarkan iklan anda untuk keluar di PC atau mobile sahaja.

Boleh pilih salah satu.

Jika nak iklan anda keluar di kedua-dua device ni pun, boleh juga. 

7. Boleh Pilih Nak Guna Ayat Sahaja Atau Guna Gambar Sekali

Dengan GA, anda boleh buat iklan teks 100%.

Atau jika anda nak guna dalam bentuk gambar sahaja pun boleh.

Jika teks sahaja, guna Google Search Network.

Jika nak buat dalam gambar, guna Google Display Network.

Artikel berkaitan : Perbezaan antara Google Search & Google Display [KLIK]

8. Boleh Kawal Iklan Nak Keluar Pukul Berapa

Dah run iklan lama, tiba-tiba anda nak optimize iklan anda.

Salah satu caranya adalah dengan melihat kembali data yang berlaku untuk 2-3 minggu lepas.

Dari situ anda boleh off-kan iklan pada jam tertentu ketika mana waktu tersebut ;

  • tiada impression (iklan tidak dipaparkan)
  • tidak terdapat sebarang conversion atau
  • tiada jualan yang berlaku

9. Setup Sekali Kemudian Terus Tinggal

Antara perkara best kalau anda guna GA ni adalah.

Anda tak perlu sangat nak pantau prestasi iklan.

Mungkin untuk 2-3 hari terawal anda kena pantau tengok ada jualan ke tak.

Ataupun nak tambah negative keyword.

Selain dari tu, bila dah perform biar kan saja dia jalan.

Pantau sekali seminggu pun dah ok.

Belajar Dengan Pakar | Sifu Google Ads

Adapun jika anda berminat nak lonjakkan jualan produk / perkhidmatan anda.

Anda patut cuba Google Ads sekarang.

Di saat kos makin menggila di FB & Instagram, anda patut tambah lagi satu channel pemasaran.

Belajar dari pakar lebih mudah.

Anda tak perlu lagi langgar dinding.

Saya dulu pun belajar dari sifu Google Ads ini.

Sifu Wan Mus namanya.

InsyaAllah tak rugi.

Saya sendiri bermula dari 2018 dan sekarang dah familiar dengan selok belok Google Ads.

Jika anda nak belajar dari Sifu.

Klik butang di bawah sekarang.

Nak Tahu 5 Tips Untuk Pantau Prestasi Google Ads Anda?

Masukkan emel anda di bawah

Kami hormati privasi anda

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top