Bisnes Online Dari Rumah Dengan Program Affiliate Tahun 2024

Buat bisnes online adalah salah satu cara masa kini untuk mendapatkan pendapatan tambahan di internet.

Terdapat banyak cabang bisnes online yang wujud di negara kita.

Bisnes Online Dari Rumah

Antara kebaikan buat bisnes online dari rumah adalah anda akan mempunyai lebih masa bersama keluarga.

Jadi lebih mudah untuk rancang masa, rancang nak buat apa, rancang nak keluar beli barang pukul berapa dan sebagainya.

Mudah kata, anda tak terikat dengan masa pejabat.

Salah satu cabang bisnes online dari rumah adalah program affiliate.

Program Affiliate

Secara ringkasnya, program affiliate adalah anda mempromosikan produk orang lain dan anda akan dibayar sebanyak 50% (dalam kebanyakan kes) dari harga jualan.

Kredit imej : Rawpixel.com | Freepik

Namun ada juga pengendali affiliate yang mampu membayar sehingga 90%.

Produk Affiliate Yang Dijual

Produk apa yang biasanya dijual menggunakan sistem affiliate ini?

Sekitar 10 tahun yang lepas, produk yang dijual menggunakan sistem affiliate ini kebanyakannya terdiri daripada produk-produk berbentuk digital seperti ;

  • ebook
  • audio
  • video live
  • video rakaman
  • seminar
  • DVD

Tetapi zaman sekarang ini, produk affiliate tidak terhad kepada produk-produk digital sahaja.

Bahkan ia telah berkembang luas merangkumi produk-produk berbentuk fizikal seperti yang dibuat oleh Shopee & Tik Tok.

Kekurangan Produk Affiliate Fizikal

Berdasarkan pemerhatian saya, program affiliate berbentuk fizikal ini ada kekurangannya yang tersendiri.

Sebagai contoh, affiliate Shopee.

Jika anda mendaftar sebagai ejen affiliate, anda akan berhadapan dengan masalah-masalah seperti di bawah ;

  • komisen sangat kecil iaitu sekitar 1.2% – 4%
  • produk boleh sold out tanpa anda sedari
  • produk boleh unlisted tanpa anda terima sebarang notis
  • pembayaran komisen yang lambat iaitu sekitar 2-3 bulan

Begitu juga dengan affiliate Tik Tok.

Anda mungkin akan menghadapi masalah-masalah berikut ;

  • perlu sentiasa buat video baru yang menarik & konsisten
  • komisen yang sama rendah dengan affiliate Shopee
  • pembayaran komisen yang lambat
  • video anda mesti lalu FYP untuk capaian yang lebih luas & views yang tinggi

Kelebihan Affiliate Produk Digital

Berdasarkan penulisan ini, bukan lah bererti saya menghalang anda untuk buat affiliate produk fizikal.

Sekiranya anda mempunyai nama yang besar di media sosial.

Senang cerita anda seorang influencer, maka go on !

Anda boleh teruskan dengan buat affiliate produk digital.

Hasilkan video review yang menarik dan promosikan di akaun Tik Tok anda.

Kredit imej : Freepik

Tetapi sekiranya anda bukan seorang influencer.

Saya nak ajak anda berfikir dan nak buka minda anda bahawa.

Dalam program affiliate, anda boleh dapat lebih banyak lagi hanya dengan memfokuskan kepada produk digital sahaja.

Tak percaya?

Baca case study di bawah.

[ Baca lagi : Case Study Program Affiliate Kerjaya ]

Program affiliate produk digital sebenarnya lebih best berbanding affiliate produk fizikal kerana sebab-sebab di bawah ;

  • komisen tinggi sekitar 50%
  • banyak pilihan produk dari pelbagai niche
  • komisen dibayar setiap bulan
  • bahkan ada pengendali affiliate mampu membayar sehingga 2 kali sebulan
  • tak perlu servis pelanggan
  • pelanggan terima akses produk sejurus selepas pembayaran

Bagaimana Nak Buat Bisnes Online Program Affiliate

Buat duit dari internet dengan bisnes online dalam mana-mana bisnes affiliate ni memang best.

Anda akan rasa sangat teruja apabila menerima emel bahawa terdapat jualan hasil daripada bisnes affiliate yang anda usahakan.

bisnes online dari rumah

Namun ianya bukanlah semudah yang disangka.

Nak dapat 4 angka sebulan, anda perlu dapatkan 3 angka dulu

Nak dapatkan 3 angka, anda perlu dapatkan 2 angka dulu

Dan nak dapat 2 angka, anda perlukan mentor yang boleh guide anda

Untuk permulaan, cari lah mentor yang berpengalaman. Dan mentor tersebut dulu pun sama seperti anda.

Dulu pun dia juga bermula dari bawah.

Begitu juga saya. Saya pun bermula dari bawah

Daripada tak tahu apa-apa berkaitan affiliate kepada seorang yang mahir dalam selok belok affiliate.

Nak tahu mentor yang saya maksudkan?

Klik butang di bawah.

bisnes online dari rumah

Artikel seterusnya saya akan kongsikan langkah-langkah bagaimana cara buat bisnes affiliate ini secara lebih terperinci.

[ Baca lagi : Cara Buat Bisnes Affiliate Lebih Terperinci ]

Nak Tahu 5 Tips Rahsia Kejayaan Seorang Affiliate?

Masukkan emel anda di bawah

Kami hormati privasi anda

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top