Cara Buat Bisnes Online Tanpa Modal Dengan Affiliate Tahun 2024

Anda berminat nak tahu pasal cara buat bisnes online untuk program affiliate kan?

Ok teruskan pembacaan anda di artikel ini.

Artikel kali ini adalah kesinambungan daripada artikel terdahulu.

Bisnes Online Tanpa Modal

Sebelum itu, anda pernah dengar tak bisnes online tanpa modal?

Jika anda nak tahu, bisnes online tanpa modal ni ada.

Bukan tak ada.

Antara model bisnes online tanpa modal ini adalah program affiliate yang akan saya kongsikan ini.

Dari segi pendaftaran mana-mana bisnes affiliate sekalipun, kebiasaannya ia adalah percuma.

Manakala dari segi kaedah untuk mendapatkan jualan, anda boleh gunakan kaedah percuma dan juga kaedah berbayar.

Cara Buat Bisnes Online

Untuk cara buat bisnes online khususnya bisnes affiliate ini.

Saya akan pecahkan kepada beberapa bahagian.

Antaranya adalah ;

  1. Memilih niche
  2. Memilih penyedia perkhidmatan
  3. Memilih platform promosi
  4. Menghasilkan kandungan berkualiti
  5. Menghantar trafik ke kolam anda
  6. Mendapatkan klik sebanyak mungkin

Apa Itu Niche?

Niche dalam dunia affiliate bermaksud kategori.

Pemilihan kategori juga bergantung kepada minat anda.

cara buat bisnes online
Kredit imej : Wayhomestudio | Freepik

Jika anda tersilap memilih niche, bagaimana anda nak hasilkan konten (kandungan) yang berkualiti untuk dipersembahkan kepada audiens.

Antara niche yang hot dan menjadi pilihan ramai adalah ;

  • niche buat duit
  • niche masakan & minuman
  • niche pelaburan
  • niche kewangan
  • niche kerjaya
  • niche permainan (gaming)

Pilih la niche yang sesuai dengan diri anda.

Dan pastikan produk yang anda nak promosikan itu berbentuk produk digital.

Kenapa saya tak galakkan anda promosikan affiliate produk fizikal?

Saya dah kupas dalam artikel ini.

Penyedia Perkhidmatan

Apa itu penyedia perkhidmatan affiliate?

Senang cerita, penyedia perkhidmatan ni merujuk kepada penganjur program affiliate.

Di Malaysia, kita ada beberapa penyedia perkhidmatan affiliate seperti Klikjer, JVWarrior, JVSecurePay dan lain-lain lagi.

Kesemua ini memfokuskan kepada affiliate produk digital.

Yang bestnya lagi, ada antara mereka membayar komisen affiliate seminggu sekali.

Anda nak daftar?

Saya sediakan pautannya di bawah ;

Jelas setakat ini?

Platform Promosi

Untuk pemilihan platform promosi, anda perlu sesuaikan dengan produk yang anda nak jual tu.

Contoh platform yang saya boleh senaraikan adalah seperti ;

  • FB wall
  • FB page
  • FB group
  • Tik Tok
  • Blog
  • Instagram
  • Twitter
  • Youtube
program affiliate
Kredit imej : Merakist | Unsplash

Jika anda nak promosikan produk masakan / pastri seperti panduan bisnes air balang.

Kemungkinan besar audiens akan lebih memilih untuk menonton video pendek berbanding membaca artikel panjang-panjang.

Jadi anda perlulah fokus untuk bina konten (kandungan) yang berasaskan video-video pendek.

Adapun saya sendiri, saya gemar menulis di blog berbanding menulis di Facebook.

Lain produk, lain platform untuk mempromosikannya

Untuk produk berbentuk pelaburan / kewangan, anda rasa audiens berminat dengan platform mana satu?

Kandungan Berkualiti

Selepas sahaja anda mendaftar sebagai affiliate dan anda dah dapat link affiliate masing-masing.

Maka anda harus mula mencipta konten (kandungan) sendiri.

Pastikan ia unik

Apa maksud unik?

Maksudnya konten anda itu lain dari pesaing anda.

Tak boleh sama dengan mereka.

Kalau anda buat video, pastikan video itu lain dari orang lain.

Kalau anda buat poster, pastikan poster itu lain dari poster orang lain.

Begitu juga dengan penulisan anda di wall FB.

Pastikan ia unik dan bukan plagiat dari kandungan orang lain.

Hantar Trafik Berkualiti ke Kolam Sendiri

Apa maksud trafik?

Trafik bermaksud “pelawat”.

Jika anda buat video masakan, pastikan orang yang minat memasak yang menonton video itu.

Bukannya bot, atau bukannya budak kecil umur 5 tahun.

Jika anda menulis berkaitan kereta, pastikan orang yang minat pasal kereta yang membaca artikel anda tu.

Jelas?

Apa pula maksud kolam?

bisnes online tanpa modal
Kredit imej : Campaign Creators | Unsplash

Kolam maksudnya tempat pelawat anda berhimpun.

Contoh mudah adalah seperti ;

  • FB group
  • Channel Telegram
  • Group Telegram
  • Emel

Kenapa perlu hantar trafik ke kolam?

Kerana kita nak mudahkan proses jualan itu berlaku.

Apabila pelawat sudah berkumpul dalam kolam anda, mereka akan lebih mengenali anda.

Secara tak langsung, kepercyaan akan mula terbina.

Dan anda boleh follow-up mereka secara berkala untuk mendapatkan jualan dari bisnes affiliate tersebut.

Dapatkan Klik ke Link Affiliate

Setelah pelawat anda berada dalam kolam, maka di situ lah tempat untuk anda berikan link affiliate anda.

Formulanya mesti sama dengan di bawah ;

Lebih banyak klik berkualiti (link affiliate), maka lebih besar potensi jualan yang bakal terhasil

Kami harap anda belajar sesuatu.

Walaupun di peringkat permulaan, ia nampak rumit.

Tetapi sekali anda dah pecah telur, semangat anda akan makin membara untuk dapatkan jualan yang seterusnya pula.

Kesimpulan

Nak berjaya dalam mana-mana program affiliate, anda perlukan kesabaran.

Bukan buat harini, terus dapat.

Prosesnya panjang.

Tetapi jika anda dapat jumpa seorang mentor yang boleh bantu anda untuk melicinkan lagi proses itu, itu sebenarnya sangat lah baik.

Saya sangat mencadangkan kepada anda untuk belajar dari mentor yang sangat proven dalam bidang affiliate di Malaysia ini.

Dulu pun dia bermula dari bawah, sama dengan anda. Dan sama dengan saya.

Dalam bisnes affiliate, kita semua bermula dari bawah

Nak belajar dengan mentor tersebut?

Boleh klik di bawah.

program affiliate

Artikel seterusnya saya akan kongsikan real case study bagaimana saya jana 4 angka pertama dalam bisnes affiliate Malaysia.

[ Baca lagi : Case Study 4 Angka Dalam Program Affiliate ]

Nak Tahu 5 Tips Rahsia Kejayaan Seorang Affiliate?

Masukkan emel anda di bawah

Kami hormati privasi anda

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top