Cara Jual Barang di eBay 2024

Nak belajar cara jual barang di eBay tahun 2024 ini?

Teruskan bacaan anda di sini.

Bisnes eBay adalah satu platform membeli-belah secara atas talian yang dah wujud sejak tahun 1995 yang berpusat di California, Amerika Syarikat.

Sehingga ke hari ini, eBay masih lagi merupakan laman platform membeli-belah yang terkenal di seluruh dunia.

Walaupun dengan kemunculan platform-platform lain seperti Amazon, AliBaba, AliExpress, Shopee, Lazada dan lain-lain.

Kelebihan Bisnes eBay

Di Malaysia, bisnes eBay masih belum menyeluruh lagi.

Mungkin disebabkan promosi yang dilakukan sedikit kurang berbanding platform membeli-belah yang lain.

Rakyat Malaysia lebih terdedah dengan Shopee & Lazada.

Tapi tahukah anda bahawa eBay ada beberapa kelebihan lain yang tiada di platform lain?

Ayuh kita tengok satu persatu kelebihan eBay ni.

1. Trafik Yang Berkualiti

Di eBay, pelawat yang datang adalah sangat ramai.

Dengan anggaran jumlah pelawat adalah sekitar 743 juta pada Mac 2023 (sumber : Statista).

Mereka semua ini adalah ready-buyer, bukan setakat cuci mata sahaja.

Di eBay juga, anda tak perlu buat FB Ads atau Google Ads untuk tarik trafik.

Sebab trafik memang dah ada & terlampau banyak.

trafik ebay
Kredit imej : Agence Olloweb | Unsplash

2. Tidak Perlu PM / WhatsApp

Dalam bisnes eBay, pelawat tidak mengamalkan budaya PM atau whatsapp.

Mereka akan baca description dan jika berminat, mereka akan terus membeli.

Jadi, proses jualan berlaku dengan cepat dan mudah.

3. Tak Perlu Simpan Stok Yang Banyak

Dalam bisnes eBay juga, anda tak perlu beli barang dulu dan simpan di rumah.

Beli barang kemudian pun tak apa.

Yang penting, buat product research. Cari barang apa yang laku.

Kemudian, buat listing.

Dah dapat jualan, baru pergi beli barang dan pos kepada pelanggan. Mudah je.

Dapat jimatkan ruang rumah dan dapat jimatkan duit poket dari beli stok awal. 

4. Jana Pendapatan Dalam USD

eBay usd
Kredit imej : Marek Studzinski | Unsplash

Pernah dapat duit USD?

Jika belum pernah, anda patut cuba belajar untuk buat bisnes eBay ni.

Seronok kalau pagi-pagi bangun tidur, emel masuk mengatakan ada jualan dari eBay.

Yang bestnya, nilai jualan tu adalah dalam USD.

Berapa kalau ditukar jadi RM? Darab je dengan 4.

$20 x RM4.3 (anggaran) = RM86 

Kalau anda menjual di eBay Australia, boleh la merasa duit Australia Dolar (AUD).

5. Boleh Buat Secara Part-Time

Untuk bisnes eBay ini, anda boleh bermula secara part-time.

Jangan ambil risiko berhenti kerja.

Sehari peruntukkan masa sekitar 2 jam untuk cari produk hot dan buat listing.

Ia tak mengganggu kerja hakiki anda.

Esok lusa dapat jualan, boleh terus pos waktu rehat ke atau waktu balik kerja.

Ataupun, boleh minta tolong adik, abang, kakak, isteri atau suami untuk tolong poskan.

Jadikan eBay sebagai pendapatan sampingan.

Cara Jual Barang di eBay

Ok, untuk cara jual barang di eBay ini, ada beberapa perkara yang perlu anda selesaikan terlebih dahulu.

1. Sediakan laptop atau PC

Dalam bisnes eBay, penggunaan henfon sangat tidak digalakkan.

Kerana fungsinya yang terhad.

Seeloknya, gunakan laptop atau komputer.

2. Sediakan internet

Gunakan internet yang stabil seperti Time, Maxis Fibre, Unifi dan lain-lain.

Unifi
Kredit imej : Wikipedia

3. Kad Debit / Kad Kredit

Gunakan mana-mana kad debit atau kredit yang ada logo Master/Visa.

Dan yang penting, hubungi bank anda untuk aktifkan mod pembelian antarabangsa (international purchase).

4. Simkad

Pastikan anda juga ada simkad.

Kadang-kadang untuk tujuan pengesahan (verification), mereka akan hantar kod ke nombor telefon anda.

5. Modal

Untuk permulaan, sediakan modal sekitar RM50 – RM200.

Mulakan dengan barang bersaiz kecil dahulu. Biar dapat rentak orang kata.

Nanti dah mahir, anda akan mudah untuk pusing duit modal. 

Langkah-Langkah Nak Jual Barang di eBay

Baik, untuk perkara berikutnya iaitu cara jual barang di eBay secara lebih terperinci.

Anda boleh baca artikel yang seterusnya pula.

Saya akan kongsikan apa langkah-langkah yang sepatutnya anda ambil.

[ Baca lagi : Cara Jual Barang di eBay Langkah Demi Langkah ]

Adapun jika anda dah tak sabar-sabar nak belajar terus, saya cadangkan anda belajar dari mentor eBay (mereka yang dah berjaya).

Kenapa perlu cari mentor?

Kerana mereka telah lama & punya pengalaman dalam eBay ini.

Mereka tahu selok belok bisnes ini.

Mereka tahu apa yang perlu buat, dan apa yang perlu ditinggalkan untuk berjaya dalam eBay

Jika anda nak belajar terus dari pengalaman mereka, klik butang di bawah.

cara jual barang di eBay

Nak Tahu 5 Pantang Larang Jualan di eBay?

Masukkan emel anda di bawah

Kami hormati privasi anda

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top