Cara Mulakan Bisnes eBay Untuk Tahun 2024

Untuk anda yang baru pertama kali dengar tentang bisnes eBay, tapi belum faham lagi apa itu eBay?

Baca artikel pertama ini terlebih dahulu.

Supaya anda tak lost

Langkah-Langkah Nak Mulakan Bisnes eBay

Untuk artikel ini, saya nak kongsikan step-by-step apa perlu buat kalau anda nak mula berbisnes eBay.

Saya akan bahagikan bahagian ini kepada beberapa bahagian.

  1. Buka akaun emel
  2. Daftar akaun eBay
  3. Daftar akaun Payoneer
  4. Link akaun eBay & Payoneer
  5. Buat produk research
  6. Buat listing
  7. Terima order
  8. Hantar order

Ok anda dah bersedia? Jom buat step di bawah satu persatu.

1. Buka Akaun Emel

Jika anda belum ada akaun emel, sila buka terlebih dahulu.

Mudah sahaja caranya.

Tapi saya percaya kebanyakan orang dah ada emel sekarang ni.

Kredit imej : Google

Anda boleh guna Gmail atau Yahoo. Tiada masalah.

Satu emel untuk satu akaun eBay.

2. Daftar Akaun eBay

Dah ada emel, baru boleh buka akaun eBay.

Pergi ke eBay.com dan daftar di situ.

daftar eBay
Daftar akaun eBay

3. Daftar Akaun Payoneer

Apa itu Payoneer?

Payoneer adalah seumpama bank antarabangsa.

Yang mana setiap kali anda dapat jualan dari bisnes eBay.

Duit dari pelanggan anda akan dimasukkan ke sini dulu.

Dari Payoneer, barulah duit tersebut akan dipindahkan ke bank tempatan pula.

Sebelum Payoneer, eBay menggunakan khidmat PayPal.

Bagaimana nak daftar?

Masuk ke Payoneer dan klik register.

Daftar guna emel yang sama macam anda daftar akaun eBay tadi.

Senang, mudah nak ingat.

daftar Payoneer
Daftar akaun Payoneer

Dalam tempoh seminggu, pihak Payoneer akan meminta beberapa dokumen daripada anda untuk tujuan pengesahan.

Antaranya adalah ;

  • salinan kad pengenalan
  • atau lesen
  • atau passport

4. Link Akaun Bisnes eBay dan Payoneer

Semasa pendaftaran di bahagian ke-3 di atas.

Sistem akan meminta anda untuk sync antara keduanya, iaitu eBay dan Payoneer.

eBay dan Payoneer
Link akaun eBay dan Payoneer

Tak perlu takut tak perlu risau.

Ikut sahaja arahan daripada eBay.

5. Buat Produk Research Bisnes eBay

Langkah ini adalah langkah yang sangat penting.

Tak tahu nak jual apa?

kajian produk bisnes eBay
Kredit imej : Snowing | Freepik

Buat kajian dulu.

Research hot product!

Tak perlu syok sendiri jual barang yang kita rasa seronok boleh terjual.

6. Buat Listing

Listing bermaksud kita masukkan apa yang kita nak jual.

Dalam bahasa mudahnya, barang yang kita nak jual tu, itulah namanya listing.

listing eBay
Kredit imej : Rawpixel.com | Freepik

Ia terdiri daripada ;

  • Gambar
  • Description
  • Harga
  • Kos pos
  • Dan lain-lain

7. Terima Order

Tahniah apabila anda dah dapat jualan yang pertama dari bisnes eBay ni.

Anda akan dapat emel mengatakan bahawa anda sudah dapat jualan

Perasaannya sangat menggembirakan sebab dah pecah telur.

Jadi anda kena beli barang dulu cepat-cepat kemudian baru pos kepada pelanggan.

8. Hantar Order

Nak hantar tempahan pelanggan, anda boleh gunakan beberapa pilihan.

Antaranya adalah Singapore Post atau DHL ECommerce.

Jika nak lebih laju boleh guna sama ada DHL Express, FEDEX atau Flickpost.

Boleh baca di sini kalau nak tahu berapa anggaran kosnya.

Setiap syarikat logistik ni lain harganya.

Ada yang mahal dan ada yang murah.

Belajar Bisnes eBay Dengan Mentor

Di atas adalah serba sedikit penerangan berkaitan cara nak mulakan bisnes eBay ini.

Diharapkan anda beroleh sedikit manfaat dari perkongsian saya.

Jika anda nak belajar lebih mendalam.

Saya sangat sarankan anda belajar dari seseorang yang mempunyai track rekod yang baik dalam bisnes eBay ini.

Dia adalah salah seorang proven mentor yang ada di Malaysia.

Jika anda berminat nak belajar, klik butang di bawah.

Dalam artikel seterusnya, saya akan kongsikan pula.

Case study sebenar bagaimana seorang lelaki menjana income 5 angka melalui bisnes eBay hanya dengan buat dropship Shopee dan jual di laman eBay.

[ Baca lagi : Case Study Cara Berniaga di eBay ]

Nak Tahu 5 Pantang Larang Jualan di eBay?

Masukkan emel anda di bawah

Kami hormati privasi anda

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top