15 PANTANG LARANG BERNIAGA DI SHOPEE

pantang larang berniaga di Shopee

Jika nak berniaga di pasar, kita perlukan kelulusan majlis PBT.

Betul kan?

Begitu juga situasinya apabila kita nak berniaga di mana-mana platform sekalipun.

Kita perlu ambil tahu apa peraturan yang dikenakan.

Sama juga dengan Shopee.

Ambil tahu apa yang boleh dijual dan apa yang tak boleh dijual.

Untuk kali ini, saya akan kongsikan 15 jenis barangan yang dilarang sama sekali anda jual di platform Shopee.

15 Jenis Barangan Yang Dilarang Dijual

1. Artifak dan barang antik
2. Wang palsu
3. Kad debit & kad kredit
4. Wang digital
5. Dadah dan ubat-ubatan
6. Senjata api
7. Barang berkaitan dengan kerajaan atau polis
8. Tiket loteri
9. Racun serangga
10. Saham
11. Tembakau atau produk berkaitannya
12. Mesin slot atau mesin judi
13. Anggota badan atau organ manusia
14. Alat telekomunikasi yang tidak berdaftar dengan SKMM
15. Barangan curi

Pelanggaran Terma Polisi

Sebenarnya ada banyak lagi selain dari senarai di atas.

Cuma kami nak maklumkan bahawa sekiranya anda ditangkap atau kantoi menjual barangan di atas. 

Anda akan dikenakan tindakan berikut ;

  • Segala listing anda akan dipadamkan
  • Anda akan disekat atau dihalang dari menggunakan khidmat Shopee
  • Akaun anda akan digantung atau ditamatkan
  • Tindakan undang-undang akan dikenakan

Kesimpulan

Untuk mengelakkan anda dari tersilap melakukan pelanggaran polisi.

Anda perlu buat ulangkaji terlebih dahulu sebelum menjual apa-apa produk sekalipun di laman Shopee.

Dan jika anda baru pertama kali nak berniaga di Shopee.

Kami galakkan anda dapatkan dulu panduan lengkap cara berniaga di Shopee.

Ayuh klik butang di bawah.

Scroll to Top